Senarai harga van Daihatsu Gran Max
Harga jualan ialah harga sebelum caj dan insurans. Harga OTR termasuk caj pentadbiran, nombor plat, cukai jalan 1 tahun, pendaftaran, tuntutan pemilikan, timbang dan pemeriksaan, serta insurans anggaran.
| Varian | Harga jualan | Harga OTR |
|---|---|---|
| Panel Van (manual) | RM 78,488 | RM 82,240 |
| Panel Van (automatik) | RM 82,988 | RM 86,898 |
| Semi Panel Van (manual) | RM 87,888 | RM 91,956 |
| Semi Panel Van (automatik) | RM 92,388 | RM 96,614 |
| Pick-Up (manual, badan besi standard) | RM 73,388 | RM 82,125 |
Harga Pick-Up sebelum badan dan caj ialah RM 73,388. Harga boleh berubah tanpa notis. Insurans adalah anggaran.
Harga Gran Max Pick-Up mengikut jenis badan
Pick-Up dibina mengikut tempahan. Harga OTR di bawah termasuk badan, caj dan insurans anggaran.
| Jenis badan | Harga OTR |
|---|---|
| Badan besi standard | RM 82,125 |
| Badan kayu standard | RM 82,634 |
| Van penjaja (pasar malam) | RM 87,900 |
| Luton van | RM 87,182 |
| Box van | RM 86,602 |
| Van freezer (beku) 1600 mm | RM 114,786 |
| Van chiller (sejuk) | RM 113,506 |
| Kafe bergerak / food truck | RM 99,174 |
Kos penggunaan Gran Max
Guna minyak apa?
Petrol RON95, gred biasa di stesen minyak Malaysia. Tidak perlu RON97 dan tiada versi diesel.
Penggunaan minyak
Mengikut brosur: Pick-Up 5MT 12.5 km/L, Panel Van 5MT 13.3 km/L dan Panel Van 4AT 13.5 km/L. Tangki minyak 43 liter.
Cukai jalan
RM 306 setahun untuk Panel Van dan Semi Panel Van, RM 342 untuk Pick-Up. Tahun pertama sudah termasuk dalam harga OTR.
Muatan dan saiz kargo
Muatan sehingga 750 kg (van) dan 800 kg (Pick-Up). Ruang kargo Panel Van 2,075 × 1,495 × 1,340 mm; dek Pick-Up 2,480 mm × 1,585 mm.
Beli Gran Max di bilik pameran kami di Petaling Jaya
Saga Superior (PJ) Sdn. Bhd., No. 110, Jalan SS 24/2, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Dibuka Isnin hingga Jumaat 9:30 pagi hingga 5:30 petang dan Sabtu 9:30 pagi hingga 1:30 petang. Kami menghantar ke seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.